:: UTAMA :: MODUL :: KOMSAS :: TATABAHASA :: KARANGAN :: KERTAS 2 SPM :: LATIHAN :: SOALAN :: MOTIVASI ::

Wednesday, May 4, 2011

VARIASI TEKNIK DALAM SDL

Plot :
* sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa yang rapat pertaliannya dengan gerak laku luaran dan dalaman watak-watak dalam cerita.
* setiap peristiwa berlaku atas hukum sebab dan akibat.
* rentetan peristiwa yang berlaku dengan bersebab, dijalin menglibatkan konflik hingga cerita dileraikan.
* disusun mengikut kreativiti pengarang dan dirangka dengan teliti.
* cerita boleh dimulai oleh pengarang di mana-mana sahaja tetapi berlandaskan prinsip permulaan, perkembangan, kemuncak dan peleraian (4 tahap penceritaan).
* keragaman sesuatu plot cerita bergantung kepada kesediaan pengarang memanipulasi variasi teknik plot.

Teknik Plot :
* cara pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi menarik

CONTOH DALAM BAB SATU :

Teknik Imbas Kembali :
* mengenang semula mengenai sesuatu yang berlaku pada masa lalu

- digunakan dengan berkesan oleh pengarang
- memperkenalkan watak dan perwatakan watak utama dan watak sampingan

** watak utama : "Dia" - digambarkan sebagai anak seorang tentera
- tragedi yang dilalui :
1) ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh raya Karak
2) ibunya, Fatimah berkahwin dengan Harun, duda (mandur di ladang kelapa sawit
3) ibunya mati dalam kebakaran akibat angkara Harun yang mengamuk kerana tidak mendapat wang atau rantai milik Fatimah

** watak sampingan : Harun - digambarkan seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan mengikis harta peninggalan suami Fatimah

# hal ini bermakna teknik imbas kemabli dimanipulasi sebagai satu cara untuk memperkenalkan watak dan perwatakan watak utama serta watak sampingan.

- digunakan untuk menyimpul permulaan cerita

Begitulah kenangan yang selalu datang ke otaknya. Tidak pernah diinginkan kenangan itu, kejadian yang amat mengerikan sehingga dia seolah-olah masih terpengaruh dengan musibah itu. Namun, ketika bersendirian, seperti kebiasaannya di tepi sungai itu, ingatan pahit itu akan datang sendiri. Datang dan datang...(m.s. 12 dan 13)

TUGASAN 1 :
Bincangkan bersama rakan anda dalam kumpulan kecil tentang teknik-teknik yang digunakan oleh pengarang dalam setiap bab novel SDL. Pada akhir sesi pengajaran, bentangkan hasil perbincangan kumpulan kecil anda di hadapan kelas.

TUGASAN 2 :
a) Terdapat pelbagai kepincangan dalam masyarakat yang dogambarkan oleh pengarang dalam novel.
Berdasarkan novel yang anda kaji di sekolah, nyatakan dua contoh kepincangan masyarakat
yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)

b) Dalam novel yang dikaji di sekolah, pengarang banyak mengetengahkan persoalan untuk
dianalisis oleh pembaca.
Berdasakan novel yang dikaji nyatakan tiga persoalan ketabahan. (8 markah)

No comments:

Post a Comment