Saturday, February 5, 2011

SINOPSIS :

BAB 1 : Suratan Yang Perlu Kuterima

Bujei banyak menghabiskan masanya di tebing sungai setiap hari kerana tidak mempunyai tuntutan hidup yang menentu. Orang kampung menganggapnya sebagai kurang siuman, bodoh dan tiada haluan hidup. Bujei selau teringat akan arwah bapanya yang bekerja sebagai tentera meninggal dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Ibunya kemudian berkahwin dengan Harun yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit. Harun sebenarnya mempunyai niat untuk mengikis harta Fatimah hasil sepencariannya dengan aruah suami. Lantaran itulah dia selalu menzalimi Fatimah dan Bujei hingga berlaku tragedi kebakaran yang meragut nyawa ibunya. Bagaimanapun Harun telah memfitnah kejadian tersebut angkara Bujei.

BAB 2 :Inilah dunia CiptaanNya

Sidang Saman yang selalu melalui jambatan di kampung itu menyuruh Bujei agar naik dari sungai dan pulang ke rumah. Bujei selalu mendengar kata Sidang Saman. Selepas menukar pakaian yang basah dia makan pisang dan berangan-angan menjadi seorang yang kaya dan berjaya serta mengahwini Same'ah anak Sidang Saman. Keesokkan harinya, dia meneruskan rutin hidupnya seperti biasa denga memungut susu getah. Bujei akan menunggu siapa sahaja yang melintasi persimpangan jalan yang pergi menoreh getah tetapi pagi itu tiada siapa yang lalu di situ. Bujei tertidur hingga terdengar suara sekumpulan pelajar balik dari sekolah lalu meminta makan dan minum tetapi hampa. Dia juga kecewa kerana tiada seorangpun mempelawanya makan ketika pergi ke warung Pak Sulong.


BAB 3 :Masih Ada Yang Simpati

Same'ah dan Adila (sepupunya) yang dalam perjalanan ke pekan terserempak dengan Bujei yang tertidur di kaki lima. Adila amat simpati dengan Bujei dan berazam membantunya suatu hari nanti. Sejak kedatangannya ke kampung itu dua bulan lalu menimbulkan tanda tanya kepada Same'ah akan niat sepupunya sanggup tinggal lama di kampung tetapi dia tiada berkesempatan untuk bertanya. Bagaimanapun dia bersyukur kerana kehadiran Adila dapat membantunya membuat persiapan perkahwinannya. Same'ah teringat peristiwa ketika Adila baru datang ke kampung ketakutan dan berselindung di sebaliknya ketika terserempak dengan Bujei yang berlumuran lumpur dan bajunya basah kuyup.

2 comments: